Wednesday, December 2, 2009

Sedih Sekali Cukup Sedih

Assalamualaikum kepada semua.

Sejak diperkenalkan kepada blog oleh seorang rakan beberapa bulan yang lalu dengan cara meminjamkan kepada saya broadbandnya, saya mula tertarik pada cerita-cerita blog dan mula muat turun maklumat daripada internet untuk mencari berita dan maklumat.

Melalui pencarian tersebut saya terjumpa lah blog seperti senjaliza, sekaliketok, apayang tersirat, akadirjasin, cedet.cc malaysiakini dan harakahdaily dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga blog para pemimpin Kota Belud seperti Datuk Salleh, Datuk Musbah, Pa'Amin, Datuk Japlin dan Datuk Rahman Dahalan.

Terus terang saya katakan terlalu banyak maklumat yang saya peroleh bermula dari cerita politik hinggalah ke cerita gosip dan pembangunan. Malah, saya menganjurkan kepada anak-anak saya membaca blog-blog tersebut kerana banyak maklumat yang tercatit tidak diperolehi daripada surat khabar yang kami langgan.

Pada mulanya saya hanya suka membaca dan muat turun rencana atau tulisan-tulisan melalui blog-blog yang saya sempat baca.

Namun akhir-akhir ini saya cukup terkejut dan gerun apabila ada blog-blog baru yang bermunculan hanya membawa cerita atau tulisan mengaibkan bloger dan individu yang saya cukup kenal.

Tandatanya dibenak saya, apa kah kemunculan blog-blog ini yang hanya tujuannya mengaibkan individu tertentu termasuk pemimpin Kota Belud, merupakan gambaran bahawa tidak ada bahan yang boleh dijadikan tulisan lagi? Atau kah para bloger ini sudah bosan menulis tentang kebaikan?

Sayang seribu kali sayang, anak saya sekarang saya tidak benarkan lagi membaca blog khasnya blog Kota Belud, kerana di situ terdapat terlalu banyak maklumat karut dan boleh membawa kepada pemesongan akhlak.

Blog yang suatu masa dahulu saya selalu baca misalnya sekaliketok telah diisukan dalam blog tidak bernama sebagai perogol, kemudian sekarang blog apa yang tersirat diaibkan dan dituduh demikian rupa. Selama berbulan-bulan saya mengikuti blog para bloger Kota Belud, pengendali blog apa yang tersirat tidak pernah pun memberi komen yang menyakitkan perasaan sesorang, malah pemilik blog ini senantiasa memelihara mutu penulisannya melalui blognya.

Demikian juga pemilik sekaliketok, tidak pernahpun memberi komen yang menyakitkan hati pembaca atau individu tertentu. Persoalan saya, kenapa kah mereka dimangsakan?

Pemilik blog apa yang tersirat saya betul-betul kenal, kerana semasa saya diterima masuk ke satu perguruan tinggi di Semenanjung, beliau lah yang bertungkus lumus menjemput saya di lapangan terbang dan menghantar saya mendaftar. Selama seminggu saya berada di rumahnya di Subangjaya, selangor, tidakpun saya terdengar beliau bercakap angkuh atau memburuk-burukan orang lain, malah beliau sangat berbangga kerana ramai anak-anak irranun berjaya masuk ke menara gading.

Manusia yang saya kenali dan pernah berbudi kepada saya didepan mata saya sekarang diaibkan, tanpa sebab yang masuk akal, adalah kewajiban saya membelanya.

Saya ingin bertanya kepada para blogger Irranun, atas kesalahan apa yang saudara pengendali blog apa yang tersirat lakukan kepada saudara-saudara. Apa kah pengendali blog ini pernah berhutang atau pernah menipu saudara-saudara, jika ada saya sanggup membantu membayarnya, asalkan saudara seneraikan jumlah hutangnya dan sertakan nombor akaun saudara-saudara Insyallah saya akan membayar setakat termampu.

Setahu saya dalam sejarah di kampung Tamau, Merabau, Kota Bongan, Lilud atau Tawadakan pengendali blog apa yang tersirat ini tidak pernah pun bergaduh dengan sesiapa samada semasa kanak-kanaknya sehinggalah dewasa. Saya ketahui ini apabila saya bertanya kepada kawan-kawan sebayanya semasa kecil.

Namun, manusia yang sangat saya hormati tersebut sanggup dihina malah diaibkan. Hanya kerana menulis mengenai keterujaannya bahawa jalan ke rumah mentuanya diberi kemudahan oleh pihak kerajaan melalui wakil rakyat Temapsuk. Ekoran keterujaannya tersebut, beliau siarkan melalui blognya. Namun tujuan ikhlasnya tersebut disalah ertikan sehingga beliau ditomah dan dihina.

Saudara-saudara, salah kah kerajaan memberi kemudahan kepada yang memerlukan. Salah kah kerajaan yang memberi kemudahan kepada kanak-kanak Tawadakan kerana membina jambatan kaki? Salah kah kerajaan kerana meluluskan peruntukan menaik taraf sistem pengairan berjumlah jutaan ringgit di Kg Tawadakan, di mana kontraktor yang mendapat kontrak tersebut adalah kontraktor dari Semenanjung, kerana rakyat Sabah tidak mempunyai lesen yang diperlukan untuk menjalankan projek besar itu?.

Persoalan dibenak saya muncul sekali lagi, para bloger yang mengaibkan saudara pengendali blog apa yang tersirat dan sekaliketok apa kah nawaitu anda?

No comments: